Selasa, 09 Juni 2009

hukum jinayat (murtad)=> tugas EKT I

HUKUM JINAYAT

Disusun sebagai lampiran tugas EKT I mata kuliah Hukum Jinayat

Disusun oleh:

POPPY HARTANTI

FAKULTAS HUKUM
UNIVERSITAS ISLAM SYEKH YUSUF
TANGERANG
2008

KATA PENGANTAR

Puji syukur kami panjatakan kepada Tuhan Yang Maha Esa, karena atas berkat Rahmat dan Rhidonya sehingga penulis dapat menyelesaikan Makalah Hukum Jinayat tentang “Riddah” sebagai lampiran dari tugas EKT I mata kuliah Hukum Jinayat.
Makalah ini disusun dengan menggunakan bahasa yang sesederhana mungkin, sehingga dapat dipahami oleh para pembaca. Namun, penulis juga menyadari bahwa tidak ada hal yang sempurna . sehingga penulis sangat mengharapkan kritik dn saran yang bersifat membangun untuk perbaikan makalah selanjutnya.

Tangerang, April 2009

Penyusun

DAFTAR ISI

KATA PENGANTAR…………………………………………………………… 1
DAFTAR ISI………………………………………………………….………….. 2

HUKUM JINAYAT
Definasi Riddah Dan Murtad
A. Makna riddah………………………………………………………………….. 3
B. Syarat Sah Untuk Menjadi Murtad……………………………………………. 5
Riddah (murtad) dan persoalannya menurut Islam
Ustaz Zainudin Hashim…………………………………………………………… 5
Apa yang perlu dilakukan terhadap orang yang murtad………………………….. 6
MACAM-MACAM RIDDAH dan HUKUMNYA………………………………. 11
RISIKO RIDDAH MENGIKUT HUKUM FIQH……………………………….. 12
HUKUMAN ……………………………………………………………………… 13
DASAR HUKUM WAJIB MEMBUNUH ORANG MURTAD………………… 14
Penutup………………………………………………………………………….. 16
Kesimpulan……………………………………………………………………… 17
Daftar pustaka……………………………………………………………………. 18

HUKUM JINAYAT

Definasi Riddah Dan Murtad

A. Makna riddah :
a. Menurut bahasa: Kembali dari sesuatu kepada sesuatu.
Menurut syara’ / istilah: Kembali dari agama Islam kepada agama kafir, samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan.
b. Makna murtad, yaitu orang yang kembali dari agama Islam kepada agama kafir.

Seseorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi murtad dengan melalui salah satu dari beberapa sebab berikut ini, antara lain:
a) Mempersekutukan Allah apakah melalui I’tikad, ucapan ataupun perbuatan seperti sujud kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan fesyen orang Nasrani
Mengingkari agama Islam atau satu rukun padanya, atau mengingkari satu hukum Islam yang dapat diketahui secara jelas dan sahih
b) Orang yang meng’itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah
c) Orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya, dan demikian pula jika ia mengingkari kewajiban solat walaupun tidak meninggalkannya
d) Orang yang meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian
e) Orang yang meninggalkan solat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap solat
f) Orang yang meninggalkan solat, dan berterusan meninggalkannya hingga dibunuh
g) Orang yang meninggalkan solat karena berpaling daripadanya, ia tidak mengakui kewajiban solat dan tidak pula mengingkarinya
h) Dan banyak lagi yang lainnya

Perbuatan perbuatan di atas jika dilakukan oleh seorang yang baligh serta berakal, baik lelaki mahupun wanita dan perbuatan demikian dilakukan dengan inisiatif sendiri maka perbuatan itu menjadikannya murtad.

Definisi murtad, sebagaimana pandangan Habib Abdullah bin Thahir, adalah memotong keberlangsungan Islam, baik dengan perkataan, perbuatan, maupun keyakinan yang tidak mengharuskan ketiganya bersama untuk dikatakan sebagai perbuatan murtad (Ar-Riddatu hiya qath’ul istimrari fil Islami imma biqaulin aw fi’lin au i’tiqadin wala yusytarathu ijtima’u ast-tsalatsah). Habib Ali juga mengutip perkataan Imam Nawawi tentang perbuatan murtad adalah kemunkaran yang paling keji (Ar-Riddatu afhasyul munkarat).
Habib Ali menceritakan keadaan pada masanya Habib Abdullah bin Thahir, yakni adanya orang-orang yang dapat dikatakan murtad lantaran begitu ringan dan gampangnya mengucapkan sesuatu yang bertentangan dan menyimpang dengan pokok agama yang telah disepakati. “Jika di zaman Habib Abdullah bin Thahir yang hidup ratusan tahun lalu fenomena itu sudah muncul, bagaimana dengan zaman sekarang ini? Orang, siapa pun dia, yang berilmu, apalagi bodoh, sering kali tergelincir dengan perkataan, perbuatan, dan keyakinannya yang sesungguhnya membuat mereka menjadi sesat dan menyesatkan dan keluar dari ajaran Islam,” tutur Habib Ali.
Penting untuk diperhatikan nasihat dari Habib Abdullah bin Thahir dalam kitabnya, “Yajibu ‘ala kulli muslimin mukallafin an yahfazha diinahu wa shaunuhu minal fasadi wal bathali wal qath’i fadzalika murtadda (Setiap muslim yang mukallaf, hukumnya wajib untuk menjaga keislamannya dari segala hal yang dapat menghancurkan, membatalkan, dan memutuskannya dari tali Islam, yakni murtad).”
Riddah atau murtad, kata Habib Ali AI-Bahr, ada tiga jenis. Yakni, riddah i’tiqadiyyah, riddah fi’liyyah, dan riddah qauliyyah.
Riddah i’tiqadiyah ialah melakukan kemurtadan dengan keyakinan, seperti meyakini sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Umpamanya orang yang meyakini Allah Ta’ala bersemayam di Arsy-Nya seperti bersemayamnya makhluk, padahal Allah itu berbeda dengan makhluk dalam af’al (pekerjaan-red), sifat, dan dzat-Nya (Mukha-lafah Lil hawadits), atau meyakini adanya nabi setelah Nabi Muhammad SAW.
Adapun riddah fi’liyyah yakni murtad dengan perbuatan. Seperti menghempaskan mushaf Quran ke tempat yang tak pantas, melakukan inhiraf (penistaan) terhadap kitab suci, dan sebagainya.
Dan yang ketiga, riddah qauliyyah, ialah murtad dengan perkataan. Inilah murtad yang paling sering dilakukan manusia, baik ia sadari maupun tidak, lantaran tidak mau mengaji agama.
Orang yang murtad sejatinya telah keluar dari Islam, maka ia harus mengucapkan kembali syahadat dengan lisannya setelah beristighfar dengan niat kembali masuk Islam dan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat.
Habib Ali menukil sebuah hadits yang diriwayatkan Imam At-Tirmidzi. Muadz bin Jabal RA pernah bertanya kepada Nabi SAW apakah manusia akan ditanya dan dihisab dengan apa pun yang diucapkannya, Nabi SAW menjawab, tidaklah manusia dihisab melainkan dengan apa-apa yang diucapkannya. Bahkan dalam surah Qaf ayat 18 disebutkan, tiada suatu ucapan yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir (ma yalfizhu min qaulin illa ladayhi raqibun ‘atid).
Dalam konteks amar ma’ruf nahi munkar, Habib Ali mengatakan, setiap kemunkaran harus diutamakan penyelesaiannya. Dalam kitab An-Nasha-ih ad-Diniyyah, Habib Abdullah bin Alawi AI-Haddad berkata, “Innal amra bil ma’ruf wan nahya ‘anil munkar min a’zhami sya’a-iriddin wa ahammul muhimmati ‘alal muslimin”. (Sesungguhnya amar ma’ruf dan nahi munkar adalah syiar agama yang paling besar dan perkara penting yang sangat penting yang diwajibkan atas semua orang Islam).

B. Syarat Sah Untuk Menjadi Murtad

Seseorang muslim itu boleh menjadi murtad dengan melakukan perkara-perkara kufur dengan beberapa syarat, yaitu:

a) Syarat Pertama
Berakal. Oleh itu orang gila dan kanak-kanak tidak dapat menjadi murtad dengan melakukan perkara-perkara berkenaan. Kerana berakal juga adalah syarat layak untuk berakidah. Namun sekumpulan ulamak seperti Abu Hanifah, Muhamad, Malikiah dan Hanabilah mengatakan bahawa sah kemurtadan seorang kanak-kanak. Mereka berpendapat Baligh bukan menjadi syarat untuk berlakunya murtad.

b) Syarat Kedua
Dengan ikhtiar dan kerelaan. Oleh itu kemurtadan orang yang dipaksa berbuat demikian tidak sah. Dia dipaksa untuk murtad sedangkan hatinya tetap tenang beriman dengan Allah Taala.

Riddah (murtad) dan persoalannya menurut Islam
Ustaz Zainudin Hashim

Firman Allah SWT berhubung dengan gejala riddah berdasarkan ayat 217 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia dalam keadaan kafir (ingkar), maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (buatselama-lamanya).”
Uraian ayat di atas
Allah menjelaskan bahawa antara sebab yang menjadikan seseorang itu menjadi murtad adalah akibat dari kelemahannya untuk bertindak balas ke atas serangan musuh-musuh Islam yang melancarkan serangan dari pelbagai sudut dan bentuk yang tidak mampu ditangkis oleh umat Islam kerana lemah daya pemikiran lantaran jahil terhadap agamanya sendiri.

Definisi riddah
Riddah: Menurut bahasa: Kembali dari sesuatu kepada sesuatu.
Menurut syara’/istilah: Kembali dari agama Islam kepada agama kafir, samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan.
Dan orang yang melakukan perbuatan riddah itu dinamakan murtad. Perbuatan ini adalah sekeji-keji kufur kerana orang yang murtad berlainan hukumnya daripada orang-orang kafir lainnya pada beberapa perkara tertentu.
Dan orang yang murtad, ia juga diertikan sebagai orang telah melakukan jenayah yang menghina Islam, itu adalah contoh yang buruk bagi orang lain yang mungkin terpengaruh dengan da’yahnya, hal ini tentunya akan menimbulkan fitnah kepada Islam.
Pandangan Islam terhadap golongan murtad
Dalam hal ini, baginda Rasulullah s.a.w. telah memberi satu garis panduan berhubung dengan golongan murtad berdasarkan sebuah hadis yang tegas daripada baginda yang bermaksud:
“Sesiapa yang menukar agamanya (Islam), maka kamu bunuhlah dia”.
Hadis riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie.
Apa yang perlu dilakukan terhadap orang yang murtad
Orang murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan ‘riddahnya’ melainkan pihak yang berkuasa hendaklah menyuruhnya kembali bertaubat dan memeluk Islam, jika ia enggan, hendaklah dikenakan hukuman bunuh.
Hukuman tersebut sekali-kali tidak bertentangan dengan ‘dasar kebebasan beragama’ atau dasar ‘tidak ada paksaan dalam agama’ sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran kerana ia tidak tidak ada kaitan langsung dengan persoalan murtad.
Sedangkan maksud ‘tidak ada paksaan dalam agama’ itu ertinya ialah bahawa orang-orang Islam tidak boleh sama sekali memaksa orang-orang kafir memeluk Islam kerana hakikat iman serta kesudahannya yang baik dan hakikat kufur serta akibatnya yang buruk terserah kepada manusia memilihnya setelah disebarkan dakwah islamiyah kepada mereka.
Sabda baginda yang bermaksud: “Tidak halal darah seseorang muslim itu kecuali dengan salah satu dari tiga perkara: Orang yang telah berkahwin melakukan zina, nyawa dibalas dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan meninggalkan agama yang berpisah dengan jamaah muslimin.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Dari Muhammad bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdul Qari dari bapanya, bahawa seorang laki-laki dari arah Abu Musa Al-Asy’ari telah datang kepada Omar ra, kemudian Omar r.a berkata kepadanya: “Adakah sesuatau khabar dari sebelah barat?”
Ia menjawab: “Ya, ada seseorang lelaki menjadi kafir setelah ia memeluk Islam.”
Omar berkata: “Apa yang telah kalian lakukan terhadapnya?”
Ia menjawab: “Kami hampiri dia kemudian kami bunuh dia.”
Omar berkata: “Mengapa tidak kamu tahan selama tiga hari, kemudian kamu beri makan sepotong roti tiap hari, dan ia diminta bertaubat agar ia kembali kepada perintah Allah? Ya…Allah, sesungguhnya aku masa itu tidak hadir, dan tidak menyuruh, dan aku tidak reda ketika khabar itu sampai kepadaku.” (Riwayat Imam Malik di dalam Al-Muwatta’, dan Asy-Syafi’i)
Telah ijmak seluruh ahli ilmu terhadap hukum bunuh orang lelaki yang murtad. Manakala hukuman terhadap wanita yang murtad, jumhur ulamak mengatakan hukumannnya adalah hukuman bunuh juga.
Hanafiah pula berpendapat wanita yang murtad tidak dikenakan hukuman bunuh, kerana ada hadis yang melarang pembunuhan terhadap wanita.
Menurutnya lagi, bagi wanita yang murtad hukumannya ialah memaksanya kembali semula kepada Islam, jika dia enggan hendakalah dipenjarakan sehingga dia memeluk Islam kembali atau sehingga dia mati.
“Telah sabit dari Abu Bakar ra: Bahawa beliau menghukum bunuh perempuan yang murtad.” (Hadith riwayat Darquthuni)
“Bahawa seorang perempuan yang biasa dipanggil Ummu Ruman telah murtad dari Islam. Kemudian urusan itu sampai kepada Nabi, maka Nabi menyuruhnya bertaubat jika ia bertaubat maka ia bebas, sedangkan jika ia tidak bertaubat maka ia harus dibunuh.”
Meminta si murtad supaya bertaubat
Menurut jumhur, wajib meminta si murtad supaya bertaubat. Ia hendaklah dilakukan sebanyak 3 kali sebelum hukuman mati dijalankan. Hanafiah pula berpendapat, meminta si murtad supaya bertaubat sunat sahaja hukumnya.
Apakah memerangi orang yang murtad termasuk Jihad fi Sabillah dengan makna menurut hukum syara’?
Ya, memerangi orang murtad termasuk Jihad fie Sabilillah dengan makna menurut syara’, kerana ta’rif jihad sesuai baginya iaitu: Memerangi orang kafir untuk meninggikan Kalimah Allah, sedangkan orang-orang murtad itu adalah orang-orang kafir dan memerangi mereka, untuk meninggikan kalimah Allah.
Bahkan Ibnu Qudamah penulis kitab Al-Mughni menetapkan bahawa memerangi kafir asli.
Ibnu Qudamah berkata : mereka ini - yakni orang-orang Murtad - lebih berhak untuk diperangi, kerana membenarkan mereka boleh jadi orang-orang seperti mereka memujuk untuk menyerupai mereka dan murtad bersama mereka.6 Permulaan kes riddah dalam sejarah Islam.
Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini menggugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam, banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah.
Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka.
Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam d
Sayidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim.
Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul, bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah.
Hal ini merupakan permulaan Perang Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailimah. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.
Tindakan yang dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar itu adalah hasil permesyuaratannya bersama para sahabat yang lain termasuk Saidina Omar Bin al-Khattab, mereka berpendapat tindakan memerangi golongan murtad dengan dipancung kepala mereka adalah menepati roh Islam, kerana bagi mereka, golongan yang menolak salah satu daripada rukun Islam, ia bermakna menolak keseluruhan rukun Islam yang lima dan mereka yang terlibat perlu dihukum sampai mati berdasarkan hadith di atas.
Sebab-sebab berlaku riddah di kalangan orang Islam Seseorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi murtad dengan melalui salah satu dari beberapa sebab berikut ini, antara lain:
1. Mempersekutukan Allah sama ada melalui I’tikad, ucapan ataupun perbuatan seperti sujud kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan gaya serupa macam orang Nasrani.
2. Mengingkari agama Islam atau satu rukun daripadanya, atau mengingkari satu hukum Islam yang dapat diketahui secara jelas dan sahih
3. Orang yang meng’itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah.
4. Orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya, dan demikian pula jika ia mengingkari kewajiban solat walaupun tidak meninggalkannya.
5. Orang yang meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian.
6. Orang yang meninggalkan solat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap solat.
7. Orang yang meninggalkan solat, dan berterusan meninggalkannya hingga dibunuh.
8. Orang yang meninggalkan solat karena berpaling daripadanya, ia tidak mengakui kewajiban solat dan tidak pula mengingkarinya.
9. Mencela agama Islam, menghina al-Quran serta hukum-hukumnya dan sunnah nabi Muhammad s.a.w.
10. Mencela Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan para sahabat.
11. Mendakwa bahawa wahyu turun kepadanya.
12. Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya.
13. Mencampak al-Quran atau kitab hadith Nabi dengan niat penghinaan.
14. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
15. Tidak mengamalkan hukum-hukum Islam.
16. Berniat atau berazam untuk jadi kafir pada keesokan hari atau teragak-agak untuk melakukannya, niat dan azam seseorang seperti itu menyebabkan dia jadi kafir pada masa itu juga.
17. Dan banyak lagi yang lainnya.
Perbuatan perbuatan di atas jika dilakukan oleh seorang yang baligh serta berakal, baik lelaki mahupun wanita dan perbuatan demikian dilakukan dengan inisiatif sendiri maka perbuatan itu menjadikannya murtad.8 Syarat sah seseorang itu boleh jadi murtad Seseorang muslim itu boleh menjadi murtad dengan melakukan perkara-perkara kufur dengan beberapa syarat, iaitu:
Syarat Pertama Berakal -
Oleh itu orang gila dan kanak-kanak tidak boleh jadi murtad dengan melakukan perkara-perkara berkenaan. Kerana berakal juga adalah syarat layak untuk berakidah. Namun sekumpulan ulamak seperti Abu Hanifah, Muhammad, Malikiah dan Hanabilah mengatakan bahawa sah berlaku murtad ke atas seorang kanak-kanak. Mereka berpendapat baligh bukan menjadi syarat untuk berlakunya murtad.
Syarat Kedua Dengan ikhtiar dan kerelaan - Oleh itu kemurtadan orang yang dipaksa berbuat demikian tidak sah. Dia dipaksa untuk murtad sedangkan hatinya tetap tenang beriman dengan Allah Taala.
Penyelesaian gejala riddah menurut kaca mata Islam
Sebab-sebab berlakunya murtad dan cara-cara mengatasinya:
Antara sebab-sebab percubaan murtad ialah:
i) Kelemahan iman
ii) Tidak ada suasana yang boleh membentuk kekuatan iman.
iii) Tidak ada orang yang membimbing.
iv) Ada komplot tertentu bagi memecahbelahkan umat Islam melalui ajaran Kristian dan Hindu dengan meminum air holywater dan sebagainya.
Cara-cara untuk mengatasinya:
i) Dengan berjaga-jaga daripada terpengaruh dengan ajaran agama yang sesat yang menyeleweng daripada akidah Ahli sunnah Waljamaah.
ii) Kesedaran melalui usaha-usaha dakwah.
iii)Dikuatkuasakan Akta Pencegahan murtad dan Akta Pemulihan di Pusat-Pusat Pemulihan Akidah di negeri-negeri yang akan digazet dan dilaksanakan secepat mungkin.
iv) Mengenalpasti kumpulan/gerakan yang cuba memurtadkan individu/umat Islam dan membuat aduan segera ke Jabatan Agama Islam Negeri yang berdekatan.
v) Untuk menguatkan iman, disarankan umat Islam kembali menghayati cara kehidupan Nabi Muhammad SAW yang ditunjukkan kepada kita melalui Al-Quran dan sunnahnya.

MACAM-MACAM RIDDAH dan HUKUMNYA

Secara bahasa: Arraddatu (riddah) artinya Ar-ruju’u (kembali)
Menurut istilah: kufur setelah Islam
(QS Al-Baqarah (2): 217)

Artinya: “Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi dari jalan Allah, kafir kepada Allah, Masjidil haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka mengembalikan kamu dari agamamu , seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

Riddah ada 4 macam:

1. Riddah dengan ucapan Seperti mencaci Allah atau rasulNya shallallahu ‘alaihi wassallam, atau malaikat-malaikatNya atau salah seorang dari rasulNya
Mengaku mengetahui ilmu ghaib atau mengaku nabi atau membenarkan orang yang mengaku sebagai nabi Berdo’a kepada selain Allah atau memohon pertolongan kepadaNya

2. Riddah dengan perbuatan Seperti sujud kepada patung, pohon, batu, kuburan dan memberikan sembelihan untuknya Membuang mushaf Al-Qur’an ditempat-tempat yang kotor. Melakukan sihir, mempelajari dan mengajarkannya Memutuskan hukum dengan selain apa yang diturunkan Allah dan meyakini kebolehannya

3. Riddah dengan I’tiqad (kepercayaan). Seperti kepercayaan adanya sekutu bagi Allah atau kepercayaan bahwa zina, khamr dan riba adalah halal atau hal semisalnya yang telah disepakati kehalalan, keharaman atau wajibnya secara ijma’ (konsensus) yang pasti, yang tidak seorangpun tidak mengetahuinya.

4. Riddah dengan keraguan. Tentang sesuatu sebagaimana yang disebutkan diatas
Konsekuensi Hukum setelah terjadinya Riddah. Yang bersangkutan diminta untuk bertaubat. Jika ia bertaubat dan kembali kepada Islam dalam masa tiga hari, maka taubatnya diterima kemudian ia dibiarkan (tidak dibunuh).
Jika ia tidak mau bertaubat maka ia wajib dibunuh, berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alahi wassallam, “Barangsiapa mengganti agamanya (murtad) maka bunuhlah dia” (HR Al-Bukhari dan Abu Daud).

Dilarang membelanjakan hartanya saat ia dalam masa diminta untuk bertaubat, jika ia masuk Islam kembali maka harta itu miliknya. Jika tidak maka harta itu menjadi fa’i (rampasan) Baitul Mal sejak ia dibunuh atau mati karena riddah. Pendapat lain mengatakan, begitu ia jelas-jelas murtad maka hartanya dibelanjakan untuk kemaslahatan umat Islam.

Terputusnya hak waris mewarisi antara dirinya dengan keluarga dekatnya, ia tidak mewarisi antara dirinya dengan keluarga dekatnya, ia tidak mewarisi harta mereka dan mereka tidak mewarisi hartanya.
Jika ia mati atau dibunuh dalam keadaan riddah, maka ia tidak dimandikan, tidak dishalatkan, dan tidak dikubur dikuburan umat Islam.

RISIKO RIDDAH MENGIKUT HUKUM FIQH

Persoalan riddah telah disentuh oleh para ulama, bahkan ia telah mengambil salah satu tempat yang terpenting di dalam senarai kes-kes hukum jenayah yang mereka bicarakan. ersoalan ini mereka letakkan di dalam bab atau bahagian khas yang sebahagiannya mereka namakan dengan Kitab Al-Riddah, Bab Al-Riddah, Ahkam Al-Riddah
(hokum hakam orang murtad).

Dengan merujuk kepada analisis hukum yang dikeluarkan oleh ulama tentang orang –orang murtad berdasarkan nash-nash syarak, hukum pertama yang mereka sepakati ialah tentang wajib membunuh orang-orang yang benar-benar didapati murtad. Ilmuan fiqh abad ini, Dr. Wahbah Al-Zuhaihi berkata : “Para ulama telah sepakat tentang wajib hukum bunuh ke atas orang murtad.” Katanya lagi : “Dan telah ijmak para ahli ilmu tentang wajib hukum bunuh ke atas lelaki yang murtad dan hokum bunuh ke atas wanita yang murtad dan hukum bunuh ke atas wanita yang murtad mengikut pendapat jumhur
ulama.” (Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh : 6:186)

Mengikut analisis para ulama lagi, tindakan murtad merupakan salah satu jenis kekufuran yang amat keji dan sangat keterlaluan dan ianya menyebabkan terhapus dan hilangnya segala balasan pahala kebajikan yang pernah dilakukan sebelum murtad sekiranya mati di
dalam kemurtadan (wal ‘iyazu billah). (Al-Sayyid Al-Bakri, I’anah Al- Thalibin : 4:132-134)

Perlaksanaan hukum bunuh di atas hanya akan berlaku apabila orang murtad berkenaan enggan bertaubat dan enggan kembali kepada Islam setelah dinasihati dan diarahkan bertaubat. Hukum memberi nasihat dan menyuruh bertaubat ini adalah wajib ke atas
pemerintah. Taubat di sini mestilah dilaksanakan dengan mengucap dua kalimah syahadat. (I’anah Al-Thalibin : 4:139)
Selain daripada hukum di atas, banyak lagi hukum yang timbul kesan daripada tindakan keluar daripada Islam, antara lain ialah : Hilang hak penjagaan anak, baki hartanya diserahkan ke baitulmal, tidak sah menjadi wali nikah, hilang taraf kehormatan diri, putus
perkahwinan setelah habis idah, tidak dibenarkan berkahwin sama ada dengan orang Islam atau kafir, tidak berhak harta waris dan lain-lain lagi.
HUKUMAN

a. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa orang yang murtad wajib dibunuh.

b. Firman Allah:
“Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (QS Al-Baqarah ayat 217)

c. Bersadarkan sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia.” (riwayat jamaah kecuali Muslim).

d. Sabda Baginda lagi
“Tidak halal darah seseorang muslim itu kecuali dengan salah satu dari tiga perkara: Orang yang telah berkahwin melakukan zina, nyawa dibalas dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan meninggalkan agama yang berpisah dengan jamaah muslimin.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

e. “Sesiapa yang menukarkan agamanya maka bunuhlah ia.” (HR Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)

f. “Dari Muhammad bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdul Qari dari bapanya, bahawa seorang laki-laki dari arah Abu Musa Al-Asy’ari telah datang kepada Umar ra, kemudian Umar ra berkata kepadanya: “Adakah sesuatau khabar dari sebelah barat?”
Ia menjawab: “Ya, ada seseorang lelaki menjadi kafir setelah ia memeluk Islam.”
Umar berkata: “Apa yang telah kalian lakukan terhadapnya? ”
Ia menjawab: “Kami hampiri dia kemudian ia kami bunuh.”
Umar berkata: “Mengapa tidak kamu tahan selama tiga hari, kemudian kamu beri makan sepotong roti tiap hari, dan ia diminta bertaubat agar ia kembali kepada perintah Allah? Ya…Allah, sesungguhnya aku masa itu tidak hadir, dan tidak menyuruh, dan aku tidak redha ketika khabar itu sampai kepadaku.” (Riwayat Imam Malik di dalam Al-Muwhata, dan Asy-Syafi’i)

g. Telah ijmak seluruh ahli ilmu terhadap hukum bunuh orang lelaki yang murtad. Manakala hukuman terhadap wanita yang murtad, jumhur ulamak mengatakan hukumannnya adalah hukuman bunuh juga. Hanafiah pula berpendapat wanita yang murtad tidak dikenakan hukuman bunuh, kerana ada hadis yang melarang pembunuhan terhadap wanita. Menurutnya lagi, bagi wanita yang murtad hukumannya ialah memaksanya kembali semula kepada Islam, jika dia enggan hendakalah dipenjarakan sehingga dia memeluk Islam kembali atau sehingga dia mati.

h. “Telah sabit dari Abu Bakar ra: Bahawa beliau menghukum bunuh perempuan yang murtad.” (HR Darquthuni)
“Bahwa seorang perempuan yang biasa dipanggil Ummu Ruman telah murtad dari Islam. Kemudian urusan itu sampai kepada Nabi, maka Nabi menyuruhnya bertaubat jika ia bertaubat maka ia bebas, sedangkan jika ia tidak bertaubat maka ia harus dibunuh.”

DASAR HUKUM WAJIB MEMBUNUH ORANG MURTAD

Di antara dasar hukum wajib pihak berkuasa membunuh orang murtad ialah hadis-hadis berikut yang maksudnya : “Sesiapa yang menukar keislamannya hendaklah kamu
bunuh dia.” (Hadis para Perawi kecuali Muslim).

Maksudnya: “Tidak halal darah seseorang muslim kecuali dengan salah satu daripada tiga perkara : Tayyib

(duda/janda) yang berzina, qishash nyawa dengan nyawa dan orang yang menukar agamanya yang terpisah daripada jemaah (kaum muslimin).”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud).

Maksudnya: “Mana-mana lelaki yang murtad daripada Islam, hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah
tengkuknya. Dan mana-mana perempuan yang murtad, hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah tengkuknya.”
(Hadis riwayat Thabarani daripada Mu’az bin Jabal).

Itulah di antara dalil-dalil yang menunjukkan betapa berat dan besarnya risiko murtad (keluar daripada agama Islam).

Berdasarkan hasil analisis para ulama yang muktabar dan berkaliber daripada hadis-hadis ini dan dalil-dalil lain, adalah wajib dihukum bunuh orang murtad sebagai risiko terhadap kemurtadannya.

Orang yang tidak mengakui kedudukan dan fungsi dalil-dalil tersebut sebagai dalil wajib bunuh ke atas orang murtad setelah cukup persyaratan hukumnya, serta menafikan hukum berkenaan, mereka adalah golongan yang terpesong, tersilap dan terkeluar daripada konsep ahli sunnah bahkan terkeluar daripada Islam (kafir).

Termasuk golongan murtad itu, mereka yang antihadis yang hanya mengutamakan atau hanya berpegang kepada Al-Quran. Golongan ini menyampaikan diayah jahat mereka menerusi pelbagai media massa sama ada media cetak atau elektronik. Mereka coba mempengaruhi orang-orang yang cetek pengetahuannya mengenai Islam dengan memaparkan berbagai teori yang mengelirukan tanpa bersumberkan kepada asas-asas hukum yang muktabar. Mereka mengutamakan andaian akal mereka daripada nas-nas syarak. Mereka ini adalah golongan yang sesat dan menyesatkan.

Termasuk juga yang terkeluar daripada agama Islam itu mereka yang menghina dan menolak hadis yang telah disepakati dan diijmahkan oleh ahli hadis tentang kesahihannya. Ini kerana mengikut para ulama yang muktabar, di antara sebab yang boleh membawa seseorang terkeluar daripada Islam (murtad atau menjadi kafir) termasuklah menghina atau menolak hukum yang telah diijmakkan umat Islam.

PENUTUP

Riddah merupakn tindakan keluar dari agama islam masuk ke agama kafir ataupun keluar dari agama kafir masuk ke dalam agama islam. Namun, yang membuat riddah tersebut menjdai murtad dan termasuk elanggar aturan pidana islam adalah jika :
1. seseorang keluar dari agama islam masuk ke agama kafir
2. seseorang keluar masuk ke agama islam tetapi ia melakukan :
a. mempersekutukan Allah
b. meninggalkan solat karena berpaling daripadanya
c. meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya
d. meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian
e. meninggalkan solat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap solat
f. meninggalkan solat,
g. meng’itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah
3. jika ia tidak keluar dari islam tetapi ia melakukan:
a. mempersekutukan Allah
b. meninggalkan solat karena berpaling daripadanya
c. meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya
d. meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian
e. meninggalkan solat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap solat
f. meninggalkan solat,
g. meng’itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah

KESIMPULAN

Riddah termasuk kepada hukum jinayat atau hokum pidana islam karena apabila seseorang melakukan riddah maka ia akanmendapat sanksi pidana, sesuai hokum pidana islam. Sanksi pidana tersebut adalah : “hukuman mati”

Riddah atau yang biasa kita sebut sebagai murtad adalah tindakan yang amat di benci oleh Allah SWT karena riddah merupakan tindakan keluar dari agama Islam dan masuk ke agama kafir atau juga sebaliknya. Seseorang dikatakan menjadi murtad adalah karena:
a. mempersekutukan Allah
b. meninggalkan solat karena berpaling daripadanya
c. meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya
d. meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian
e. meninggalkan solat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap solat
f. meninggalkan solat,
g. meng’itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah

Oleh karena itu sebaiknya kta senatiasa mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa agar terjaga iman kita dari segala godaan untuk melakukan tindakan yang tidak di sukainya.

DAFTAR PUSTAKA

1. KLMUSLIM: Riddah (murtad) dan persoalannya menurut Islam
2. Riddah — Blogs, Pictures, and more on WordPress
3. DEFINASI RIDDAH DAN MURTAD

1 komentar:

  1. How To Play Baccarat - Worrione
    Learn how 제왕 카지노 to 바카라 사이트 play baccarat for real money and with this guide, learn how to win with baccarat games and 바카라 win BIG at the best casino sites!

    BalasHapus